Saturday, September 22, 2012
rebah
ketika semuanya harus berakhir.
ketika pelukku tak lagi ber-arti..
kau memilih untuk rebahkan kisah ini.
kau hempaskan aku tak berdaya.
telah aku berikan yang mampu aku beri.
namun tak jua puaskan jiwamu..
kau terus berlari runtuhkan rasa-rasa itu.
dan aku hanya kaku memerhati..
aku tak akan bisa..aku tak akan bisa
Perbedaan
kalau mahu dibandingkan kita..
segalanya hanyut tak sama.
langsung tak serupa.
terlalu berbeda diantara aku dan kamu yang tidak lagi dapat aku nafikan perbedaannya...dan aku sendiri tahu kamu juga tahu.....
tribute untuk nenda
ingin aku mengenangmu
semua tentang mu
semua kisah kisah mu.
mengenangmu
memiliki kembali segala senyum itu.
segala indah itu.
dan aku akan sentiasa disini mengenangmu
yang tiada lagi nafas untuk aku menyahut.
yang sudah pergi tinggalkan aku.
jauh didunia sana...
terbang indah.
aku tidak akan melupakan segala yang indah bersama kamu.
memori memori itu tetap akan ada dijiwa aku
yang setiasa akan aku kenang-kenangkan selalu.
segalanya yang indah tidak akan pernah aku lupa.
kamu saja yang terindah.
kita akan bertemu lagi disana.
tunggu aku ya?
aku rindu
sorok #1
kau tahu apa rasanya bila kau sudah lagi tidak berharap tentang sesuatu.walaupun sebenarnya hati kau meraung mahu?
dan ya..dengan segala tarahan yang aku selam sebelum ini banyak memberi impak terhadap perasaan aku sendiri terhadap sesuatu..
jatuh bangun aku dalam cinta terlalu banyak peritnya dan itulah yang membuatkan rasa-rasa yang sedang terbang dijiwa aku ini..tiada lagi meraung.tiada lagi menjerit.hanya sunyi ditemani suara nafas yang dihembus..kosong...
Tidak lagi berharap.tidak lagi mengharap..hanya sembunyi bersama rasa-rasa yang dipeluk.menanti yang tidak pasti
Sunday, September 16, 2012
ja-tuh
ahh rasa ini seperti tidak boleh dikawal indahnya
terasa seperti rama-rama yang sedang terbang didalam usus terus terban-terbang diruangan hati.
ahhh sialan!
tak henti bikin aku diluar kawalan
melayang indah
Friday, September 14, 2012
Denting Jiwa #1
Apa yang aku tahu.rupa dan paras adalah ditempat paling tertinggi dalam jiwa manusia.kerna itu yang paling disanjung.kerna itulah yang paling ditagih.kerna wajah dan paras adalah kebahagiaan.dan aku adalah mangsa anjingan dunia yang menarah jiwa untuk mencari kesempurnaan hanya untuk mata-mata manusia sekeliling.bukan sendiri untuk aku tetapi untuk manusia-manusia yang merengek mahukan kesempurnaan.
dan aku masih meraung mencuba untuk 'sempurna'
Thursday, September 13, 2012
mencuba
tercungap-cungap dia mencuba untuk bangkit.setelah jatuh dari langit tinggi dan dihempas kuat terus jatuh kedalam lumpur..tertiarap
Dan...
perlahan-lahan dia mengesot keluar dari lumpur.menegakkan tulang-tulang jiwa yang penuh dendam.mencuba untuk bangkit.mencuba untuk bukti bersama lumpur-lumpur dusta yang berselaput..
merangkak..
ke langit.
mencari pasti
Subscribe to:
Posts (Atom)