Wednesday, March 28, 2012

kehadapan seorang jejaka

kehadapan seorang jejaka..
surat ini puisi ini adalah untuk kau
mungkin kita tak pernah bertemu
mungkin kau pun tak pernah tahu wujudnya aku
atau kau sebenarnya pun tidak pernah wujud
tapi surat ini akan aku terus tuliskan untuk kau


*senyum

aku seorang perempuan lemah.yang jatuh bangunnya tak keruan
hidup aku tunggang terbalik..aku pernah sesat dan masih sesat dengan dunia tanpa cinta
hati aku rabak..penuh dengan retak.pahit
dan aku perlukan kau .untuk rangkul aku dan kasihkan aku dengan sayangmu
didik aku untuk terus berdiri dan terus merempuh duniawi
tanpa rasa rasa ragu dan terus cintakan aku
lemparkan senyuman kau ke aku tiap hari
bikin jiwa aku bergelora untuk kasihmu
satukan aku dihatimu dan tak pernah kecewakan aku dengan cintamu
bersumpah dibawah bulan bahawa aku kau adalah satu
kita akan terus berpegangan tangan hingga hari tua
dan kau tak akan pernah mahu tinggalkan aku walaupun.untuk sesaat
jadikan aku dewimu..serikan aku dengan kata kata indah cintamu
dan percayalah aku tak akan pernah bosan.dengan semua itu
dan mari kita bina sebuah mahligai cinta buat kita
dimana hanya kita berdua disana.bahagia tanpa ada yang menganggu
akan aku kejutkan kau dipagi hari dengan ciuman..sediakan sarapan buat kau
dan kita akan terus senyum dipagi itu sambil ditemani musik cinta
gelak tawa kita tentang dunia..lirikan mata kau yang memandang aku dengan indah
kita berlari ditepi laut disaksikan mentari yang semakin jatuh seperti tiada hari esok.bahagia
tanpa rasa rasa pahit kita berjalan ditepian pantai itu ditemani angin lembut yg memukul mukul
ya..hanya kau dan aku berdua..meneruskan segala dengan rasa cinta
kucupan dahi sebelum lenaku..genggaman tangan sebelum pejamku.katakan aku adalah satu
dan jangan pernah henti bahagiakan aku hingga nafas yang terakhir
dan kita akan terus terbang bersama sama cinta kita hingga mati..
bahagia...

No comments: