Monday, March 12, 2012

mencari cahaya

ditolak
dipijak
ditendang
diheret
diludah..

dan aku masih berdiri
diterapung atmoesfera
tapi diri masih leka
permintaan tuhan tak ditunai
baru tersedar

tanda syukur terkujur
tidak ditunjuk
lalai tergelincir bisikan syaitan
mencari petunjuk kononnya masih sesat
digelumang dosa dosa tak terkira

sedar dosa
masih buat buat buta
tak mahu bangun sedar
ditepuk tepuk pipi masih tak sedar

masih mencari jalan
menuju pintu taubat
aku..masih sesat
jiwa leka digoda

tuhan..
aku berdosa
terkujur tiada tindak
minta cahaya petunjuk-mu
cerahkan jiwa aku
sebelum aku diangkat

No comments: