Monday, March 26, 2012

marikh

tarik tangan aku
terbangkan aku ke marikh
khayalkan aku dengan puisi indahmu
dan kita akan terus menari disana
tanpa ada siapa yang memerhati

bahagia..




kita akan terus disana ya?

dia tunggu

disuatu malam pekat
aku biarkan dia menunggu di dalam gelap
ditemani gigil.kesejukan
menunggu aku untuk datang


dan aku biarkan dia terus..
menunggu aku
sehingga matahari muncul menari

Monday, March 12, 2012

mencari cahaya

ditolak
dipijak
ditendang
diheret
diludah..

dan aku masih berdiri
diterapung atmoesfera
tapi diri masih leka
permintaan tuhan tak ditunai
baru tersedar

tanda syukur terkujur
tidak ditunjuk
lalai tergelincir bisikan syaitan
mencari petunjuk kononnya masih sesat
digelumang dosa dosa tak terkira

sedar dosa
masih buat buat buta
tak mahu bangun sedar
ditepuk tepuk pipi masih tak sedar

masih mencari jalan
menuju pintu taubat
aku..masih sesat
jiwa leka digoda

tuhan..
aku berdosa
terkujur tiada tindak
minta cahaya petunjuk-mu
cerahkan jiwa aku
sebelum aku diangkat

dunia dan getar

diri dijajah.
bikin kita leka
sesat.digoda

dari senja pesta hingga pagi
arak bergelimpangan.itu pasti
bercomolot.itu biasa
jiwa gelap meronta ronta buta
usul diri terlupa.
terlajak berdunia bikin leka
jiwa mati berdarah.senyap

sesat mencari jalan tuhan
tergelincir dunia syaitan
manusia lalai..diri merintih
dan masih..

leka digoda..

Saturday, April 30, 2011

getar

menggeletar jari jemarinya.
perlahan lahan airmata nya jatuh
menitik nitik di atas papan kekunci komputer.
sepi..

hancur hatinya..
pecah..
terdiam dia seketika sambil tangis yang tak henti jatuh
lalu dia berlari terus ke atas katil.
ditarik selimutnya perlahan lahan.tanggannya digenggam kuat
dan dia terus menangis tanpa henti.
sambil fikirannya yang hampir kosong.
seolah dia hilang segalanya
kecewa..
hancur..

Friday, April 15, 2011

terdiam.


hancur.retak.rasa macam dihempas.perit.

Sunday, April 10, 2011

emosi

perasaan tu susah nk bagi org tahu sebenarnya..walaupun byk cara yg dah aku cuba tpi masih ada lagi rasa yang aku cuba mahu dia tahu sebetulnya.bikin rasa tu ada di setiap fikirannya.
entah gimana lagi caranya aku nak luahkan.tunjuk rasa rasa ni bikin dia tahu yang sejujurnya aku terlalu sayang,aku perlu..aku mahu..

aku takut kalau rasa tu tak sampai.dia tak rasa..