Saturday, September 22, 2012

tribute untuk nenda

ingin aku mengenangmu semua tentang mu semua kisah kisah mu. mengenangmu memiliki kembali segala senyum itu. segala indah itu. dan aku akan sentiasa disini mengenangmu yang tiada lagi nafas untuk aku menyahut. yang sudah pergi tinggalkan aku. jauh didunia sana... terbang indah. aku tidak akan melupakan segala yang indah bersama kamu. memori memori itu tetap akan ada dijiwa aku yang setiasa akan aku kenang-kenangkan selalu. segalanya yang indah tidak akan pernah aku lupa. kamu saja yang terindah. kita akan bertemu lagi disana. tunggu aku ya? aku rindu

sorok #1

kau tahu apa rasanya bila kau sudah lagi tidak berharap tentang sesuatu.walaupun sebenarnya hati kau meraung mahu? dan ya..dengan segala tarahan yang aku selam sebelum ini banyak memberi impak terhadap perasaan aku sendiri terhadap sesuatu.. jatuh bangun aku dalam cinta terlalu banyak peritnya dan itulah yang membuatkan rasa-rasa yang sedang terbang dijiwa aku ini..tiada lagi meraung.tiada lagi menjerit.hanya sunyi ditemani suara nafas yang dihembus..kosong... Tidak lagi berharap.tidak lagi mengharap..hanya sembunyi bersama rasa-rasa yang dipeluk.menanti yang tidak pasti

Sunday, September 16, 2012

ja-tuh

ahh rasa ini seperti tidak boleh dikawal indahnya terasa seperti rama-rama yang sedang terbang didalam usus terus terban-terbang diruangan hati. ahhh sialan! tak henti bikin aku diluar kawalan melayang indah

Friday, September 14, 2012

Denting Jiwa #1

Apa yang aku tahu.rupa dan paras adalah ditempat paling tertinggi dalam jiwa manusia.kerna itu yang paling disanjung.kerna itulah yang paling ditagih.kerna wajah dan paras adalah kebahagiaan.dan aku adalah mangsa anjingan dunia yang menarah jiwa untuk mencari kesempurnaan hanya untuk mata-mata manusia sekeliling.bukan sendiri untuk aku tetapi untuk manusia-manusia yang merengek mahukan kesempurnaan. dan aku masih meraung mencuba untuk 'sempurna'

Thursday, September 13, 2012

mencuba

tercungap-cungap dia mencuba untuk bangkit.setelah jatuh dari langit tinggi dan dihempas kuat terus jatuh kedalam lumpur..tertiarap Dan... perlahan-lahan dia mengesot keluar dari lumpur.menegakkan tulang-tulang jiwa yang penuh dendam.mencuba untuk bangkit.mencuba untuk bukti bersama lumpur-lumpur dusta yang berselaput.. merangkak.. ke langit. mencari pasti

hanyut

malam ni aku lost lagi.sambil ditemani asap cinta yang tak henti dihembus sejak 2minit tadi. Tragis. perlahan-lahan melodi manual perit yang tiba-tiba muncul dalam jiwa. menyanyi.. Perit

Wednesday, March 28, 2012

kehadapan seorang jejaka

kehadapan seorang jejaka..
surat ini puisi ini adalah untuk kau
mungkin kita tak pernah bertemu
mungkin kau pun tak pernah tahu wujudnya aku
atau kau sebenarnya pun tidak pernah wujud
tapi surat ini akan aku terus tuliskan untuk kau


*senyum

aku seorang perempuan lemah.yang jatuh bangunnya tak keruan
hidup aku tunggang terbalik..aku pernah sesat dan masih sesat dengan dunia tanpa cinta
hati aku rabak..penuh dengan retak.pahit
dan aku perlukan kau .untuk rangkul aku dan kasihkan aku dengan sayangmu
didik aku untuk terus berdiri dan terus merempuh duniawi
tanpa rasa rasa ragu dan terus cintakan aku
lemparkan senyuman kau ke aku tiap hari
bikin jiwa aku bergelora untuk kasihmu
satukan aku dihatimu dan tak pernah kecewakan aku dengan cintamu
bersumpah dibawah bulan bahawa aku kau adalah satu
kita akan terus berpegangan tangan hingga hari tua
dan kau tak akan pernah mahu tinggalkan aku walaupun.untuk sesaat
jadikan aku dewimu..serikan aku dengan kata kata indah cintamu
dan percayalah aku tak akan pernah bosan.dengan semua itu
dan mari kita bina sebuah mahligai cinta buat kita
dimana hanya kita berdua disana.bahagia tanpa ada yang menganggu
akan aku kejutkan kau dipagi hari dengan ciuman..sediakan sarapan buat kau
dan kita akan terus senyum dipagi itu sambil ditemani musik cinta
gelak tawa kita tentang dunia..lirikan mata kau yang memandang aku dengan indah
kita berlari ditepi laut disaksikan mentari yang semakin jatuh seperti tiada hari esok.bahagia
tanpa rasa rasa pahit kita berjalan ditepian pantai itu ditemani angin lembut yg memukul mukul
ya..hanya kau dan aku berdua..meneruskan segala dengan rasa cinta
kucupan dahi sebelum lenaku..genggaman tangan sebelum pejamku.katakan aku adalah satu
dan jangan pernah henti bahagiakan aku hingga nafas yang terakhir
dan kita akan terus terbang bersama sama cinta kita hingga mati..
bahagia...