Monday, January 3, 2011

i miss you,mak tok

sudah genap tujuh tahun mak tok pergi tinggalkan aku.
aku rindu peluk cium dia..masakan dia.celoteh mak tok yang selalu senyumkan aku.haihh indahnya dia
dia sang nimbus aku,awan indah dalam hidup aku

dia pergi ketika aku mahu mula kenal kasih sayang..ketika aku mahu dakap semua rasa2 cinta
bila dia tak ada,aku berubah..aku jadi rebel.aku ludah semua orang.aku lupa diri.aku benci mama aku benci ayah,aku buat itu ini ikut hati,sebab apa?sebab aku rasa tiada seorang pon yg sayang aku mcm mak tok.tak ada yang kisah tentang aku macam mak tok.
bagi aku mak tok is everything,tiada sorang pon yang boleh gantikan dia.dia special!

sekarang.dah tak ada orang sikatkan rambut aku lg,dah tak ada orang yang nak tanya "harini nabila nak makan apa?"
"meh sini cari uban mak tok,nnti mak tok bagi sekupang sehelai" haha.aku rindu.hmmm
kalaulah ada bidadari yg turun dari awangan sana dan tanya aku apa yang aku mahu.apa yang aku impi
mungkin aku mahu bersama mak tok,walaupun hanya untuk 30saat.bagi aku itu dah cukup.peluk dia cium dia.itu apa yang aku perlu skrng ni..

aku dah mula risau dengan dunia.macam mana aku nak hadap lagi untuk sepuluh tahun..siapa aku dan apa yang akan jadi.dengan semua yang tak menentu dalam hidup aku ni,mama,ayah..aku.hmmmm
risau bila aku fikir semua ni..bila aku tak tahu nk luah kat siapa.bila aku tak tahu nak tangis kat siapa.aku jadi bisu rasa macam kosong..
apa yang aku boleh buat??kunci pintu.tutup lampu.tarik selimut.menangis dan menangis..
aku tak mahu benda yang sama berlaku dalam hidup aku..semuanya sendiri.sendiri dan sendiri
apa-apa pun..kena terus menunggu lah orang kata.mungkin suatu hari tu akan datang sesuatu yang lebih baik untuk aku.sesuatu yang kuatkan aku..




*senyum



AL-FATIHAH BUAT MAK TOK.

No comments: