ayah..
terlalu banyak yg aku sorokkan.
apa yang aku mahu khabarkan.apa yang aku idamkan dari kamu
apa yang selalu ada di imaginasi aku ketika fikirkan kamu
semuanya aku simpan.beku
mungkin tiada sesuatu yg kamu boleh banggakan tentang aku.
tiada apa yg kamu perlu cerita pada semua
senyum bangga kamu tentang aku untuk dimegahkan
kosong.
tapi kamu harus tahu yang aku tak henti mencuba utk ada disetiap perhatian kamu ayah.
ada disetiap kehidupan kamu..ada disenyuman kamu.
itu apa yang aku perlu.
itu semuanya tentang kamu ayah.
aku sebenarnya mahu ada disebelah kamu..mendengar segala cerita tentang kamu
mendengar tentang segala yg aku tidak tahu..
merasa kasih ayahanda.kucupan dahi dari ayahanda..
panggilan telefon dari kamu setiap hari bertanyakan tentang hidup aku..
apa yang aku senyumkan dipagi hari..apa yang aku mahu ketawakan sepanjang hari.
segalanya perhatian dari kamu.
itu apa yang aku mahu.
tapi aku tahu semua itu akan terus jadi imaginasi.
dan aku hanya mampu bermimpi dan mencari-cari
kerna..
kamu tidak pernah punya waktu untuk aku
aku tak mahu membenci lagi.
No comments:
Post a Comment