Monday, January 3, 2011

i miss you,mak tok

sudah genap tujuh tahun mak tok pergi tinggalkan aku.
aku rindu peluk cium dia..masakan dia.celoteh mak tok yang selalu senyumkan aku.haihh indahnya dia
dia sang nimbus aku,awan indah dalam hidup aku

dia pergi ketika aku mahu mula kenal kasih sayang..ketika aku mahu dakap semua rasa2 cinta
bila dia tak ada,aku berubah..aku jadi rebel.aku ludah semua orang.aku lupa diri.aku benci mama aku benci ayah,aku buat itu ini ikut hati,sebab apa?sebab aku rasa tiada seorang pon yg sayang aku mcm mak tok.tak ada yang kisah tentang aku macam mak tok.
bagi aku mak tok is everything,tiada sorang pon yang boleh gantikan dia.dia special!

sekarang.dah tak ada orang sikatkan rambut aku lg,dah tak ada orang yang nak tanya "harini nabila nak makan apa?"
"meh sini cari uban mak tok,nnti mak tok bagi sekupang sehelai" haha.aku rindu.hmmm
kalaulah ada bidadari yg turun dari awangan sana dan tanya aku apa yang aku mahu.apa yang aku impi
mungkin aku mahu bersama mak tok,walaupun hanya untuk 30saat.bagi aku itu dah cukup.peluk dia cium dia.itu apa yang aku perlu skrng ni..

aku dah mula risau dengan dunia.macam mana aku nak hadap lagi untuk sepuluh tahun..siapa aku dan apa yang akan jadi.dengan semua yang tak menentu dalam hidup aku ni,mama,ayah..aku.hmmmm
risau bila aku fikir semua ni..bila aku tak tahu nk luah kat siapa.bila aku tak tahu nak tangis kat siapa.aku jadi bisu rasa macam kosong..
apa yang aku boleh buat??kunci pintu.tutup lampu.tarik selimut.menangis dan menangis..
aku tak mahu benda yang sama berlaku dalam hidup aku..semuanya sendiri.sendiri dan sendiri
apa-apa pun..kena terus menunggu lah orang kata.mungkin suatu hari tu akan datang sesuatu yang lebih baik untuk aku.sesuatu yang kuatkan aku..




*senyum



AL-FATIHAH BUAT MAK TOK.

ini untuk kamu,ayah

ayah..
terlalu banyak yg aku sorokkan.
apa yang aku mahu khabarkan.apa yang aku idamkan dari kamu
apa yang selalu ada di imaginasi aku ketika fikirkan kamu
semuanya aku simpan.beku


mungkin tiada sesuatu yg kamu boleh banggakan tentang aku.
tiada apa yg kamu perlu cerita pada semua
senyum bangga kamu tentang aku untuk dimegahkan

kosong.

tapi kamu harus tahu yang aku tak henti mencuba utk ada disetiap perhatian kamu ayah.
ada disetiap kehidupan kamu..ada disenyuman kamu.
itu apa yang aku perlu.
itu semuanya tentang kamu ayah.


aku sebenarnya mahu ada disebelah kamu..mendengar segala cerita tentang kamu
mendengar tentang segala yg aku tidak tahu..
merasa kasih ayahanda.kucupan dahi dari ayahanda..
panggilan telefon dari kamu setiap hari bertanyakan tentang hidup aku..
apa yang aku senyumkan dipagi hari..apa yang aku mahu ketawakan sepanjang hari.
segalanya perhatian dari kamu.
itu apa yang aku mahu.


tapi aku tahu semua itu akan terus jadi imaginasi.
dan aku hanya mampu bermimpi dan mencari-cari
kerna..
kamu tidak pernah punya waktu untuk aku

aku tak mahu membenci lagi.

Tuesday, December 7, 2010

tiga saat

suatu hari.hari itu akan datang mencari
tarik nafas dalam..teruskan berjalan
dan tak akan pernah bisa jatuh lagi

semalam

hari berlalu..mcm angin
terasa cepatnya semalam..
banyak sangat yg dah berubah
kehidupan..kawan kawan..rambut yg semakin panjang
banyak perubahan..
semuanya bagus saja disini..cuma itulah kadang perkara yg kita tak mahu..datang tiba2.angin ribut kita tak tahu
kita hanya mahu senyum..tapi terpaksa untuk bersedih..dah tak boleh lari kemana.hanya terus hadap saja
mungkin sudah tidak ada lagi rasa perit dlm kehidupan aku.sudah muak
aku berhenti dari rasa-rasa perit.aku pijak aku endahkan
apa yg perlu hanya teruskan berjalan..berjalan diatas takdir yg sudah ditetapkan
suka atau tidak kita kena terima..tuhan lagi kuasa untuk menguji..bukan kita.
teruskan paku didalam hati yang kehidupan itu indah walaupun sebenarnya jelik.

*senyum


P/S:aku rindu kawan kawan yang dulu.tapi semua tu dah berlalu.kaku

pejam kan

pejamkan mata.lupakan semua
masih ada lagi hari esok yang tak henti menunggu
mungkin hari ini kau tak lakukan sesuatu yang terbaik..esok lusa siapa tahu?
jaga langkah..jaga tingkah laku.tak perlu kau yang dulu-dulu tu
rebut apa yang di depan kau..buat semua kagum.bukti yang kau boleh
tak perlu dengar carutan manusia-manusia sekeliling kau.endahkan
mereka hanya tahu mngeji.

Thursday, May 6, 2010

kuasa jahat tak henti datang menari nari

buat aku tak mampu berlari

Tuesday, May 4, 2010

pergi

aku pergi
ambil masa untuk pulih


selamat tinggal semua :)